MAJLIS DAERAH BALING,

09100 BALING,

KEDAH DARUL AMAN.

NO. TEL: 04 4701800 NO. FAX: 04 4701580

KENYATAAN TAWARAN

(Khas Untuk Bumiputra)

Sebutharga ini adalah dipelawa kepada Pemborong-pemborong Bumiputera yang berdaftar dengan CIDB dan  PKK mempunyai PPK,SPKK dan STB yang sah akan diterima di Pejabat Majlis Daerah Baling, Kedah Darul Aman hingga jam 12.00 tengahari pada   24hb Mei 2021 (Isnin) untuk  :-

  1.                              MDB/BP1/SH-06-2021                MEMBINA SEMULA KEDAI MAJLIS SERTA KERJA BERKAITAN JALAN GADEK, KUPANG, MDBALING, KEDAH.   Gred G2    Kategori  CE      Pengkhususan   CE 21      

Taklimat dan lawatan  tapak adalah DIWAJIBKAN dan akan diadakan pada 18hb Mei 2021 (Selasa) jam 10.00 Pagi. Pemborong hendaklah berkumpul di TAPAK PROJEK JALAN GADEK, KUPANG  ( Koordinat : 5.635805, 100.844457 -melalui Aplikasi Google Maps ). Pihak Kontraktor hendaklah mematuhi amalan penjarakan, penggunaan Hand-Sanitizer dan pemakain Facemask adalah perlu diteruskan selaras dengan GARIS PANDUAN AMALAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dokumen sebutharga akan mula dijual pada 18hb Mei 2021 sehingga 23hb Mei 2021 sahaja, bermula pada jam 08.00 pagi sehingga 03.00 petang  di Kaunter, Pejabat Jabatan Kejuruteraan, Jalan Charuk Nau,  Majlis Daerah Baling, Kedah Darul Aman. Sampul  Sebutharga mestilah ditulis keterangan seperti bilangan Sebutharga, tarikh tutup dan waktu. Sebutharga  mestilah dimasukan ke dalam sampul surat yang berasingan dan mestilah diperbuatkan dalam borang yang dikhaskan itu.

Setiap borang sebutharga akan dikenakan bayaran sebanyak RM 70.00 ( Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Sahaja )

BORANG SEBUTHARGA TIDAK AKAN DIKELUARKAN PADA HARI SEBUTHARGA DITUTUP.

Sebutharga yang tidak dihantar melalui Pos, hendaklah dimasukkan kedalam peti yang dikhaskan di Pejabat Majlis Daerah Baling. Semua Sebutharga hendaklah sampai sebelum ditutup pada masa dan tarikh yang tersebut diatas.

MAJLIS DAERAH BALING TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA SEBUTHARGA YANG PALING RENDAH ATAU SEBARANG SEBUTHARGA.

Tarikh :  04hb Mei, 2021                                                                         ____________________________

Salinan Kepada:-

  1. Tuan Pegawai Daerah Baling
  2. Tuan Jurutera, Jabatan Kerja Raya Baling
  3. Tuan Jurutera, Jabatan Saliran Dan Pengairan
  4. Papan Kenyataan, Majlis Daerah Baling.
  5. Laman Web Majlis Daerah Baling
  6. Aplikasi Kedah App

Nota :

  1. Pemborong sama sekali TIDAK DIBENARKAN untuk menghantar WAKIL BAGI SYARIKAT dan hanya PENAMA PADA LESEN PENDAFTARAN sahaja yang DIBENARKAN untuk membeli Dokumen Sebutharga.
  1. Pemborong yang ingin  dapatkan dokumen sebutharga adalah diwajibkan membawa bersama      sijil  asal  PKK, CIDB dan SURUHANJAYA TENAGA serta BERDAFTAR DENGAN MAJLIS DAERAH BALING, KEDAH DARUL AMAN.
  1. Fee Pendaftaran Pemborong/Kontraktor G2 – Kerja Pembinaan Kejuruteraan Awam adalah sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja)/tahunan.