NOTIS PEMBERITAHUAN

BIL. NO. SEBUT HARGA TAJUK SEBUT HARGA
1. 23/2021
(PER)
Sebut Harga Membekal dan Menghantar Racun Serangga, Tumbuhan dan Kawalan Vektor Untuk Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh tutup sebut harga bagi tajuk sebut harga di atas akan ditutup pada 22 Jun 2021 (Selasa) sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari. Ini berikutan keputusan Kerajaan Malaysia mengumumkan ‘TOTAL LOCKDOWN’ Fasa Pertama mulai 01 Jun 2021 (Selasa) sehingga 14 Jun 2021 (Isnin) untuk mencegah penularan wabak Covid-19.

Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri / bermeteri bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam peti tawaran sebut harga di Kaunter Jualan Dokumen Sebut Harga dan Tender, Tingkat 1, Laluan Auditorium, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Sekian, harap maklum.

"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA"
"TRANSFORMASI KE ARAH KECEMERLANGAN"

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh : 03 Jun 2021