TAWARAN PELAWAAN MENGURUS & MENTADBIR DI MINI MARINA TONGKANG YARD, JALAN KOTA TANAH, ALOR SETAR, KEDAH.

NO. SEBUTHARGA: MBAS/BBK/SHP/03-2022

Majlis Bandaraya Alor Setar mempelawa Syarikat yang berminat untuk Mengurus dan Mentadbir di Mini Marina Tongkang Yard, Jalan Kota Tanah, Alor Setar, Kedah. Rujuk Lampiran (A) IKLAN TAWARAN untuk maklumat lanjut.

Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan kertas cadangan yang mempunyai maklumat lengkap dan wajib mengikut garis panduan penyediaan kertas cadangan seperti di borang ‘A’ dan boleh didapati di Bahagian Bekalan Dan Kontrak, Tingkat 8, Menara MBAS.

Syarikat perlu mengambil borang tersebut sebagai panduan utama bagi cadangan syarikat. Hal ini akan dinilai oleh MBAS bagi setiap cadangan yang dikemukakan.

Tarikh Tutup Tawaran: 17 APRIL 2022

(A) IKLAN TAWARAN – muat turun iklan 
MalayEnglishArabicChinese (Simplified)