29 HINGGA 30 NOVEMBER 2022 (SELASA – RABU)
BENGKEL KAJIAN PENILAIAN KAWASAN HIJAU BANDAR UNTUK PENGURSAN BERSEPADU KE ARAH KESEJAHTERAAN MASYARAKAT
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dengan kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Bengkel Kajian Penilaian Kawasan Hijau Bandar Untuk Pengurusan Bersepadu ke Arah Kesejahteraan Masyarakat yang bertempat di Serdang Lake View Resort pada 29 hingga 30 November 2022 (Selasa – Rabu).
Tujuan bengkel ini dilaksanakan adalah sebagai platform perkongsian hasil dapatan kajian yang dibuat oleh pihak FRIM di dua taman awam iaitu Taman Tasik Serdang dan Taman Awam Tasik Seri Serdang yang ditadbir urus oleh Majlis Daerah Bandar Baharu.
Penganjuran bengkel ini melalui perkongsian oleh para penyelidik FRIM serta sesi perbincangan yang dibuat telah meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta menyemai sikap menghargai terhadap faedah kawasan hijau khususnya kepada setiap peserta bengkel yang terlibat.