30 NOVEMBER 2022 (RABU)

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN TUAN SETIAUSAHA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU – JASAMU DIKENANG, SETULUS INGATAN, KEKAL ABADI

Majlis perpisahan mantan Tuan Setiausaha MDBB, En. Muhammad Afnan Bin Mohd Roze telah diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah pada 30 November 2022 (Rabu) jam 11.30 tengahari.

Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan mantan Tuan Setiausaha MDBB, En. Muhammad Afnan Bin Mohd Roze yang akan bertukar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bagi menyandang tugas Penolong Pegawai Kewangan Negeri (Unit Hasil) berkuatkuasa 01 Disember 2022 (Khamis).

Manakala majlis tersebut turut meraikan perpisahan kakitangan MDBB iaitu Cik Nur Aqilah Afiqah Binti Damsek yang akan bertugas sebagai Pembantu Tadbir P/O N19 berstatus tetap di Pejabat Daerah Bandar Baharu bermula 01 Disember 2022 dan juga 2 orang kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu dan seorang kakitangan Pejabat Tanah Daerah Bandar Baharu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti ucapan aluan dan perpisahan daripada Tuan Yang Dipertua MDBB, yang diraikan mantan Tuan Setiausaha MDBB, kakitangan yang diraikan dan wakil ahli majlis MDBB. 

Sesi diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada mantan Tuan Setiausaha MDBB, En. Muhammad Afnan Bin Mohd Roze dan juga kakitangan-kakitangan yang diraikan.

Setelah selesai, sesi bergambar kenang-kenangan dengan semua Ahli Majlis dan kakitangan dan disudahi dengan jamuan makan tengahari.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content