05 – 06 DISEMBER 2022 (ISNIN – SELASA)

KURSUS PENGENALAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL DAN POWERPOINT) BERTEMPAT DI KAMPUS INTAN WILAYAH UTARA (INTURA) SUNGAI PETANI, KEDAH.

Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama pihak Kampus Wilayah Utara (INRURA) telah menganjurkan Kursus Pengenalan Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint) pada 05 hingga 06 Disember 2022 (Isnin-Selasa) bertempat di Kampus Intan Wilayah Utara (INTURA) Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Kursus ini telah disertai oleh kakitangan MDBB seramai 17 orang bersama 2 orang penceramah dan 3 orang pembantu praktikal yang disediakan khas dari pihak INTURA. Majlis Daerah Bandar Baharu amat berbesar hati mendapat bantuan dan kerjasama yang sangat baik daripada pihak INTURA dalam penyediaan makmal berkomputer dan  penceramah kursus tersebut. 

Kursus ini menyasarkan pengenalan kepada penggunaan aplikasi Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint) bagi menambah pengetahuan peserta berkenaan penggunaan aplikasi komputer dalam tugasan harian.

Selain itu, peserta kursus juga diberikan latihan amali dalam kelas sepanjang kursus berlangsung bagi pemahaman lanjut dan komunikasi 2 hala bersama penceramah mengikut sesi modul aplikasi yang disediakan. 

Sesi penyerahan cenderahati serta sijil penghargaan kepada penceramah dan peserta dijalankan pada sesi kelas terakhir hari kedua berkursus.

Akhir sekali, semua peserta berpeluang bergambar kenang-kenangan bersama tenaga pengajar dari pihak INTURA. 

Sekalung penghargaan ditujukan oleh pihak MDBB kepada pihak Kampus Intan Wilayah Utara (INTURA) atas komitmen yang diberikan sepanjang menjayakan kursus ini. Sekian, terima kasih. 

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content