11 DISEMBER 2022 (AHAD)
PROGRAM BICARA NUR ALA NUR
Program ini merupakan program kerjasama daripada pihak UniSHAMS dengan semua jabatan dalam negeri Kedah Darul Aman.
Bicara Nur Ala Nur ini merupakan program ceramah santai yang bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang agama dan kerohanian dalam usaha mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan positif.
Program Bicara Nur Ala Nur dibawakan khas daripada penceramah Ustaz Zubair Abd Rahman, Pengarah Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC) UniSHAMS pada 11 Dsiember 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bandar Baharu dan dihadiri oleh warga kerja MDBB keseluruhannya.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang.