11 DISEMBER 2022 (AHAD)
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) MDBB SUKU TAHUN 03 TAHUN 2022
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Suku Tahun Ketiga / Tahun 2022 Majlis Daerah Bandar Baharu yang dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat membincangkan berkenaan isu-isu yang melibatkan Kebajikan Pekerja, Perjawatan dan Pengurusan Pejabat.
Mesyuarat terdiri daripada ahli-ahli Pegawai & Pekerja Majlis Daerah Bandar Baharu