19 DISEMBER 2022 (ISNIN)

MAJLIS ANGKAT SUMPAH DATO’ YANG DIPERTUA MDBB SERTA MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 12 TAHUN 2022 DAN MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 12 TAHUN 2022

Majlis Angkat Sumpah Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu yang baru iaitu Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW.,SDK.,AMK.,BCK. telah disempurnakan pada jam 9.30 pagi dan disaksikan oleh wakil Ahli Majlis MDBB, En. Muhamad Khairul Azmi Bin Rosli bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Seterusnya, Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bil. 2/2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad bin Rashid, SDK., AMK., BCK., bermula jam 10.30 pagi dilaksanakan secara hibrid.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDBB Bilangan 11 Tahun 2022 yang diadakan pada 24 November 2022 yang lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan November 2022.

Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu mengenai Status Laporan Penyakit Berjangkit Di Daerah Bandar Baharu Sehingga November 2022.

Dato’ Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih dan berharap banyak lagi isu dapat dibincangkan pada tahun baru kelak.

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

– – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – – –

Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 12 Tahun 2022 diteruskan dengan kehadiran ahli mesyuarat secara hidbrid (secara fizikal dan atas talian).

Dato’ Pengerusi sekali lagi memulakan mesyuarat dengan ummul kitab Al-Fatihah dan disusuli agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 11 Tahun 2022 yang diadakan pada 24 November 2022 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan dan perbincangan perkara baru iaitu Cadangan Bagi Tujuan Membina Reban Ayam Tertutup.

Mesyuarat turut mengambil maklum pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam OSC MDBB iaitu 42 permohonan telah berjaya selesai dalam tempoh piagam dengan kadar peratusan selesai ialah 97.67% dari 01 Januari 2022 hingga 18 Disember 2022.

Turut serta di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio) MDBB, wakil-wakil jabatan / agensi teknikal Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Bahagian / Unit MDBB dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content