Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 12 Tahun 2022 dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK., bermula jam 2.30 petang bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
Mesyuarat dimulakan dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 11 Tahun 2022 bertarikh 30 November 2022, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 12 Tahun 2022 bertarikh 19 Disember 2022 dan perbincangan hal-hal lain.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.
Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.


