4 JANUARI 2023 | RABU
Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu menerusi Pasukan Gerakan Bencana MDBB telah melakukan kerja-kerja penebangan pokok tumbang dan pembersihan kawasan yang terjejas akibat angin ribut di kawasan sekitar Serdang, Kedah.
Terima kasih diucapkan kepada kakitangan MDBB yang terlibat dalam membantu kerja-kerja membersihkan pokok tumbang di kawasan premis milik MDBB, taman awam dan kawasan perumahan yang terjejas.















