TAWARAN PELAWAAN MENGURUS & MENAIKTARAF TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA, MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR.

NO. SEBUTHARGA: MBAS/BBK/SHP/01-2023

Majlis Bandaraya Alor Setar mempelawa Syarikat yang berminat untuk Mengurus dan Menaiktaraf Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah. Rujuk Lampiran (A) IKLAN TAWARAN untuk maklumat lanjut.

Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan kertas cadangan yang mempunyai maklumat lengkap dan wajib mengikut garis panduan penyediaan kertas cadangan seperti di borang ‘A’ dan boleh didapati di Bahagian Bekalan Dan Kontrak, Tingkat 8, Menara MBAS.

Syarikat perlu mengambil borang tersebut sebagai panduan utama bagi cadangan syarikat. Hal ini akan dinilai oleh MBAS bagi setiap cadangan yang dikemukakan.

Tarikh Tutup Tawaran: 07 FEBRUARI 2023 | JAM 12.00 TENGAHARI

(A) IKLAN TAWARAN – muat turun iklan 
MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content