9 JANUARI 2023
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2023 YB TUAN NGA KOR MING (KM), MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
Majlis amanat tahun baharu 2023 ini telah berlangsung di Dewan Kristal, Aras B1, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Putrajaya.
Antara pengisian dalam majlis ini adalah misi utama KPKT yang ditekankan oleh YB Tuan Nga Kor Ming (KM) dalam usaha memastikan perkhidmatan asas PBT seperti jalan raya rata, kebersihan tandas awam, lampu terang serta longkang yang bersih untuk kesejahteraan semua rakyat Malaysia.
YB KM, Menteri KPKT memaklumkan masalah jalan raya berlubang, lampu jalan yang malap atau tidak menyala, longkang tersumbat sehingga menyebabkan banjir kilat, tandas awam yang gagal bertaraf bersih, menawan dan wangi adalah isu utama orang awam yang perlu diberi perhatian.
YB KM, Menteri KPKT juga menyatakan penyelesaian bagi isu-isu ini adalah kayu pengukur kepada kecekapan Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Akhir sekali, majlis amanat ini telah disiarkan secara langsung melalui aplikasi Zoom dan Facebook Live KPKT dan dihadiri bersama-sama secara maya oleh Dato’ Yang Dipertua, Tuan Setiausaha dan Ketua-Ketua Bahagian MDBB bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.