15 JANUARI 2023
MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PENYELARASAN TEKNIKAL PEMBANGUNAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BIL.01/2023
Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha MDBB, En. Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bandar Baharu bermula jam 10.00 pagi. Mesyuarat dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian Teknikal MDBB, wakil-wakil jabatan teknikal iaitu JKR, JPS, SADA dan wakil perunding/pemohon yang terlibat.
Mesyuarat dimulakan dengan ummul kitab al-fatihah dan agenda diteruskan dengan Ketua Unit Pusat Setempat (OSC) membentangkan perkara-perkara berbangkit untuk dibincangkan seperti berikut :
i) satu permohonan secara serentak kebenaran merancang dan pelan bangunan
ii) satu permohonan secara serentak kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan jalan dan perparitan
Akhir sekali, keputusan mesyuarat jawatankuasa kecil ini akan dibawa semula ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Unit Pusat Setempat (OSC) Bil.01/2023 yang akan datang untuk diluluskan.