17 JANUARI 2023
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH DAN PENGURUSAN STOR MDBB BILANGAN 4 TAHUN 2022 & MESYUARAT PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN MDBB BILANGAN 4 TAHUN 2022
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua MDBB dan dihadiri oleh Tuan Setiausaha dan Ketua-Ketua Bahagian Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi yang diikuti dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dan pembentangan kedudukan aset alih, kedudukan stok dan kedudukan kewangan Majlis Daerah Bandar Baharu sehingga 31 Disember 2022 untuk disahkan di dalam mesyuarat.
Dato’ Pengerusi menekankan berkenaan perbelanjaan berhemah yang boleh dilaksanakan dalam pengurusan harian MDBB dan langkah-langkah untuk meningkatkan hasil MDBB serta kaedah yang boleh ditambahbaik bagi mengurangkan tunggakan hasil sedia ada.
Mesyuarat diteruskan dengan perbincangan hal-hal lain dan ditangguhkan dengan bacaan ummul kitab al-fatihah pada jam 12.00 tengahari.