26 JANUARI 2023 (KHAMIS)

MAJLIS BACAAN YASSIN ANJURAN BERSAMA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU DAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 144H/2023

Majlis bacaan yassin ini telah diadakan bertempat di Kediaman Pegawai Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah melibatkan semua kakitangan di 3 jabatan iaitu Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah Bandar Baharu, Pejabat Tanah Bandar Baharu bersama-sama Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Bacaan Yassin ini diketuai oleh Pentadbir Tanah Bandar Baharu dan disempurnakan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara 3 jabatan di samping meningkatkan lagi pengisian rohani.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content