31 Januari 2023 (Selasa)
MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 01 TAHUN 2023
Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 01 Tahun 2023 dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK., bermula jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.
Mesyuarat dimulakan aluan pengerusi dan diteruskan dengan pembentangan taklimat daripada Pegawai FAMA Kulim Daerah Bandar Baharu. Mesyuarat diteruskan lagi dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 12 Tahun 2022 bertarikh 21 Disember 2022, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 01 Tahun 2023 bertarikh 18 Januari 2023 dan perbincangan hal-hal lain.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.
Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.