09 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)
PROGRAM MESRA PERPADUAN MALAYSIA MADANI DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023
Program Mesra Perpaduan Malaysia Madani Daerah Bandar Baharu Tahun 2023 ini telah diadakan bermula jam 8.30 pagi bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Kampung Baru, Selama, Kedah.
Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kulim/Bandar Baharu bersama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.
Program ini di menawarkan pelbagai pameran dan jualan daripada pihak FAMA, Jabatan Pertanian, Peladang Selama, PERKESO dan juga acara bersama Info On Wheel daripada Jabatan Penerangan Daerah Bandar Baharu, Kedah.
Program dimulakan dengan ketibaan dif-dif jemputan dan Ketua-Ketua Jabatan dalam Daerah Bandar Baharu, lawatan ke gerai jualan FAMA, Booth Pameran Daripada Jabatan dan Usahawan.
Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Kedah. Program diserikan lagi dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Encik Azman Bin Ahmad, selaku Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Cempaka, Selama, Kedah.
Kemudian program diteruskan dengan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’ Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu Dato’ Haji Elmi Bin Yusof., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK.
Acara diteruskan dengan gimik perasmian dan seterusnya penyampaian bakul Rahmah Kasih Sayang kepada peserta yang terpilih dan diakhiri dengan penyampaian hadiah pertandingan mewarna kanak-kanak.