12 Februari 2023 – Alor Setar, Kedah.
Program Cakna Integriti Bersama PBT Negeri Kedah anjuran bersama ACeIO, SPRM dan Pejabat SUK Negeri Kedah telah dilangsungkan di Dewan Inas & Jerai, Kedah Digital Library, Alor Setar.
Program telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada 12 PBT serta pegawai-pegawai integriti bertauliah ( CeIO ) Negeri Kedah.
Selain Ikrar Bebas Rasuah, turut diadakan adalah penyampaian sijil pelantikan Rakan Integriti kepada 12 PBT dan penyerahan Resolusi Transformasi Integriti Penguatkuasa PBT Negeri Kedah.
Presiden ACeIO turut menyampaikan ceramah integriti Antara Tepung dan Garam di Program ini.
Turut menjayakan Program adalah Presiden dan Jawatankuasa Persatuan Penguatkuasa PBT Negeri Johor ( PERSAJ ) yang merupakan Rakan Strategik ACeIO merangkap mentor kepada Rakan Integriti Penguatkuasa PBT Negeri Kedah.
Semoga usaha murni ini dirahmati dan diberkati.