13 FEBRUARI 2023 (ISNIN)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 02 TAHUN 2023

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan, Ahli Majlis dan Ketua Bahagian yang dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 01 Tahun 2023 yang diadakan pada 18 Januari 2023 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perkara-perkara baru yang melibatkan 9 permohonan baru untuk kelulusan dan pembentangan Bilangan Permohonan dan Selesai Mengikut Jenis Permohonan dan Tempoh Piagam di Majlis Daerah Bandar Baharu bagi tempoh 01 Januari 2023 – 31 Januari 2023.

Turut serta dalam mesyuarat ini secara atas talian adalah Tuan Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis MDBB dan Ex-Officio serta wakil-wakil jabatan yang berkaitan.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content