13 FEBRUARI 2023 (ISNIN)
MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 02 TAHUN 2023.
Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan atas talian) melalui aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK. bermula jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu.
Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 01 Tahun 2023 yang diadakan pada 18 Januari 2023 lalu.
Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Januari 2023.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.
Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.