14 JANUARI 2023 (SELASA)
MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 02 TAHUN 2023
Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 02 Tahun 2023 dipengerusikan secara hibrid (bersemuka dan atas talian) oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK., bermula jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.
Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi yang menekankan berkenaan kedudukan kewangan semasa Majlis dan memohon kepada semua Ahli Majlis supaya dapat bersama-sama membantu dalam mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk mengurangkan tunggakan cukai taksiran dan sewaan ruang niaga sekali gus meningkatkan lagi hasil majlis pada masa kini dan masa hadapan.
Mesyuarat diteruskan lagi dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 01 Tahun 2023 bertarikh 31 Januari 2023, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 02 Tahun 2023 bertarikh 13 Februari 2023 dan perbincangan hal-hal lain.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.
Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.