20 ~ 21 FEBRUARI 2023 (ISNIN HINGGA SELASA)

KURSUS PENGENALAN MICROSOFT OFFICE (WORD, EXCEL DAN POWERPOINT) BERTEMPAT DI INTAN WILAYAH UTARA (INTURA), KAMPUS SUNGAI PETANI, KEDAH.

Kursus Pengenalan Microsoft Office (Word, Excel dan Powerpoint) Siri 2 ini dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Intan Wilayah Utara (INTURA), Kampus Sungai Petani, Kedah. Kursus ini melibatkan 2 orang penceramah daripada INTURA dan di hadiri oleh 20 orang kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan menambah pengetahuan kakitangan-kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu tentang penggunaan aplikasi komputer bagi membantu meningkatkan lagi kecekapan menggunakan komputer dalam tugasan seharian. 

Terima kasih diucapkan kepada semua penceramah INTURA dan peserta yang terlibat di atas usaha menjayakan kursus ini. Diharapkan pengisian sepanjang kursus ini dapat memberikan ilmu dan nilai terbaik kepada semua kakitangan yang terlibat.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content