PROGRAM TEAMBUILDING MDBB BERTEMPAT DI ESCAPE, PULAU PINANG.

 
Program “teambulding” bagi kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu telah berlangsung di Escape, Pulau Pinang melibatkan seramai 50 orang kakitangan.
 
Program ini dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MDBB (KSK MDBB) yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan memupuk semangat berpasukan antara kakitangan MDBB.
 
Program dijalankan bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Semua kakitangan yang hadir dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 9 orang peserta dan setiap peserta perlu mengumpul mata bagi menyelesaikan setiap acara permainan yang terdapat di dalam Escape tersebut untuk memenangi acara berkumpulan tersebut.
 
Di akhir program, acara penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik yang mengumpul markah tertinggi serta medal dan sijil penyertaan daripada pihak Escape kepada seluruh kakitangan yang telah berjaya menyelesaikan acara program “teambuilding” ini.
 
Gambar-gambar adalah sekitar program berlangsung. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.
 
Sekian.
MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content