15 MAC 2023 (RABU)

DISKUSI FATWA : FIQH RAMADAN

Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu telah mengadakan satu ceramah bertajuk “DISKUSI FATWA : FIQH RAMADAN” dengan panel penceramah yang dibawakan khas daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman.

Ahli panel yang terlibat adalah YBhg. Tuan Haji Zulkifle Bin Mohamad Sohaimi (AJK Fatwa Negeri Kedah), YBhg. Tuan Dr. Akli Bin Ahmad (AJK Fatwa Negeri Kedah ) dan moderator ialah YBhg. Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Abd .Rahman.

Program ini dijalankan secara hibrid iaitu bersemuka dan secara atas talian melalui “Live Facebook Majlis Daerah Bandar Baharu” dan dihadiri oleh jabatan-jabatan dalam Daerah Bandar Baharu, Ahli Jawatankuasa Masjid Daerah Bandar Baharu, guru-guru agama dan orang ramai.

Program ini telah berlangsung di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah pada jam 10.00 pagi sehingga jam 1.30 tengah hari yang dimulakan dengan ceramah yang memfokuskan berkenaan fatwa-fatwa berkenaan ibadah puasa sepanjang bulan ramadan dan diakhiri dengan sesi soal jawab antara para panel dan peserta.

Program ini mendapat sambutan menggalakkan dan diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sekian.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content