16 MAC 2023 (KHAMIS)

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC) & MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERANCANGAN PEMBANGUNAN, INFRASTRUKTUR, PENGINDAHAN & PELANCONGAN, MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN, HASIL & PENTADBIRAN, MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KESIHATAN, PELESENAN & KEMUDAHAN AWAM MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 03 TAHUN 2023.

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan atas talian) melalui aplikasi Google Meet dan dipengerusikan oleh Tuan Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman., BCK., Tuan Pentadbir Tanah Daerah Bandar Baharu bagi mewakili Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK. selaku Yang Dipertua MDBB yang tidak dapat hadir untuk mempengerusikan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat dimulakan pada jam 9.30 pagi bertempat Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat dimulakan dengan menerima dan mengesahkan Minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 02 Tahun 2023 yang diadakan pada 13 Februari 2023 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara-perkara berbangkit dari mesyuarat Jawatankuasa Tetap yang lalu, perbincangan perkara-perkara baru serta pembentangan kertas kerja dan laporan bulanan setiap bahagian bagi bulan Februari 2023.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content