19 MAC 2023 (AHAD)

PROGRAM TAKLIMAT DAN UNDIAN TAPAK BAZAR RAMADAN DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 1444H/2023

Program Taklimat Dan Undian Tapak Bazar Ramadan Daerah Bandar Baharu Tahun 1444H/2023 dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu khas buat para peniaga Bazar Ramadan Daerah Bandar Baharu yang terpilih untuk beroperasi sepanjang 30 hari dalam bulan Ramadan bagi tahun ini.

Program dimulakan dengan pendaftaran para peniaga bazar dan seterusnya majlis diserikan dengan bacaan doa daripada Penguatkuasa Majlis Daerah Bandar Baharu dan sedikit aluan daripada Tuan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Mohd Omar yang diselang selikan dengan sedikit soal jawab dengan para peniaga bagi mendapat maklum balas dan pandangan berkenaan program bazar kali ini.

Program diteruskan lagi dengan sumbangan cenderahati kepada penceramah taklimat yang hadir iaitu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan pihak SWCorp.

Majlis diteruskan dengan taklimat kepada para peniaga oleh Ketua Bahagian Kesihatan dan Pelesenan Majlis Daerah Bandar Baharu berkenaan syarat-syarat sepanjang pengendalian operasi Bazar Ramadan dan disusuli dengan taklimat kesihatan daripada pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan juga taklimat berkenaan kitar semula minyak terpakai daripada wakil pihak SWCorp.

Program diteruskan lagi dengan cabutan undi tapak bagi semua peniaga bazar yang telah berdaftar dan diakhiri dengan penyerahan topi dan apron yang seragam  disediakan oleh pihak Majlis untuk Bazar Ramadan Daerah Bandar Baharu bagi tahun 1444H/2023 ini.

Sekian.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content