20 MAC 2023 (ISNIN)
KARNIVAL KESIHATAN BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA 2023 DAN BULAN KESEDARAN KANSER KOLOREKTAL PERINGKAT NEGERI KEDAH
Karnival Kesihatan ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah. Karnival ini mengumpulkan pelbagai ‘booth’ pameran kesihatan daripada Pejabat-pejabat Kesihatan Daerah dalam seluruh negeri Kedah dan gerai-gerai jualan yang menawarkan pelbagai produk dan makanan sihat.
Karnival Kesihatan ini dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dalam Daerah Bandar Baharu dan kakitangan, Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis dan orang ramai.
Program diteruskan dengan senamrobik di perkarangan luar dewan dan kemudian disusuli dengan dua sesi ceramah kesihatan yang bertajuk Kanser Kolorektal Dan Saringan Awal untuk Mengesan Kanser Kolorektal oleh Dr Khairunnisa Binti Mohd Khairi dan Ceramah Nafas Baru Bermula Ramadan oleh Dr. Mohamad Muhaimin Bin Mohd Yusof.
Atur cara diteruskan lagi dengan sesi perkongsian daripada Puan Zuraini Binti Kamal dari Canser Survivors Kedah.
Majlis kemuncak diteruskan dengan perasmian Karnival Kesihatan oleh YB Dato’ Dr Mohd Hayati Bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah bersama-sama Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman bin Warijo beserta Dato’ Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK. dan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Kedah.
Majlis diteruskan dengan gimik perasmian, penyampaian hadiah pertandingan hidangan makanan kerabu sihat dan pertandingan mewarna kanak-kanak serta warga emas. Setelah itu, majlis disusuli dengan penyampaian cabutan bertuah, penyampaian cenderahati serta persembahan Kumpulan Kugiran yang dibawakan khas daripada PUSPEN Serdang dan diakhiri dengan lawatan dif-dif jemputan ke ‘booth-booth’ pameran kesihatan dan jualan yang disediakan.
Sekian.