26 MAC 2023 (AHAD)

MESYUARAT MAJLIS PENUH MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BILANGAN 03 TAHUN 2023

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 03 Tahun 2023 dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK., bermula jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan pengerusi berkenaan isu bekalan air yang kerap kali mengalami gangguan dan usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak SADA dalam menaik taraf saliran yang terdapat di Daerah Bandar Baharu ini. Beliau memohon kepada semua penduduk Daerah Bandar Baharu supaya bersabar kerana proses menaik taraf dan kerja-kerja pembaikan saliran bagi satu-satu kawasan akan mengambil tempoh yang agak lama sebelum saliran yang baru dapat digunakan oleh masyarakat.

Mesyuarat diteruskan lagi dengan mengesah dan meluluskan minit Mesyuarat Penuh Bilangan 02 Tahun 2023 bertarikh 14 Februari 2023, membincangkan perkara-perkara berbangkit, menerima ketetapan minit-minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Bilangan 03 Tahun 2023 bertarikh 16 Mac 2023 dan perbincangan hal-hal lain.

Setelah itu, mesyuarat diselitkan dengan program pemberian sumbangan dan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada semua Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu sempena sambutan Awal Ramadan Tahun 2023.

Akhir sekali, Tuan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

Turut hadir bersama di dalam mesyuarat ini ialah Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis (Politik dan Ex-Officio), Ketua-Ketua Bahagian / Unit Majlis Daerah Bandar Baharu dan Urus Setia mesyuarat yang terlibat.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content