02 APRIL 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA RAMADAN 1444H BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH

Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Pejabat Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Ramadan 1444H Bersama YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor., SPMK., AMK., Menteri Besar Kedah.

Majlis berkenaan telah diadakan di Masjid Al-Falah, Kampung Sungai Tengas, Selama, Kedah. Majlis Daerah Bandar Baharu terlibat bekerjasama dalam penyediaan susun atur tempat, kawalan lalu lintas, media dan membantu dalam proses pemberian beg-beg hadiah kepada penerima sumbangan.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan seramai 150 orang penerima sumbangan serta penghargaan kepada Guru Al-Quran, Bidan Kampung, Pengurusan Jenazah (Mandi Jenazah dan Penggali Kubur serta Bomoh Patah.

Sekian.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content