03 APRIL 2023 (ISNIN)

SESI KOLABORASI DI ANTARA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU DENGAN STUDIO PERANCANGAN TAHUN 3 (HBP, USM)

Sesi kolaborasi ini telah diadakan pada jam 11,30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah. 

Projek kolaborasi USM dengan Majlis Daerah Bandar Baharu ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pra pelajar tentang proses penyediaan Rancangan Tempatan Daerah dalam perancangan serta profesionalisma dalam perancangan. Selain itu, projek ini juga merupakan strategi dalam mendedahkan pelajar-pelajar tentang peranan pihak berkuasa tempatan dalam penyediaan strategi dan pelan yang lebih khusus bagi pembangunan daerah.

Majlis Daerah Bandar Baharu diwakili oleh En. Shaiful Bin Ismail, Ketua Bahagian Perancangan Pembangunan dan En. Zul Aiman Bin Md Salleh, Ketua Unit Pusat Setempat (OSC), manakala pihak USM diwakili oleh pensyarah subjek studio perancangan tahun 3 iaitu Dr Mohd Ismail Bin Isa (Penyelaras Studio) dan Dr. Suraiyati Binti Rahman dan seterusnya seramai 25 orang para pelajar studio perancangan. 

Sesi perbincangan berlangsung lebih kurang 2 jam dan diselang selikan dengan sesi soal jawab peserta dan pihak Majlis dan diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan. 

Sekian. 

 

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content