12 APRIL 2023 (RABU)

MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BILANGAN 04 TAHUN 2023

Mesyuarat tersebut diadakan secara hibrid (bersemuka dan secara atas talian) dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK. bermula jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi yang mengalu-alukan penyertaan semua Ketua Jabatan, Ahli Majlis dan Ketua Bahagian yang dapat hadir ke mesyuarat kali ini.

Mesyuarat diteruskan dengan agenda mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bilangan 03 Tahun 2023 yang diadakan pada 16 Mac 2023 lalu serta perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat diteruskan dengan perkara-perkara baru yang melibatkan 2 permohonan perakuan siap dan pematuhan (CCC) serta perbincangan hal-hal lain.

Turut serta dalam mesyuarat ini secara atas talian ialah Ahli-Ahli Majlis MDBB dan Ex-Officio serta wakil-wakil jabatan yang berkaitan.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content