16 APRIL 2023 (AHAD)

KOLABORASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) DENGAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU BERKENAAN PENGUMPULAN DATA DAN SESI TEMU BUAL SECARA BERSEMUKA (FGD) BERKAITAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH 2035 (PENGGANTIAN) DI BANDAR BAHARU, KEDAH.

Majlis Daerah Bandar Baharu telah menerima kunjungan daripada pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Perancangan Bandar dan Wilayah, Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia yang sedang menjalankan kajian berkenaan Draf Rancangan Tempatan Daerah 2035 (Penggantian) di Bandar Baharu, Kedah bertempat di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Sesi kunjungan ini adalah susulan daripada sesi lawatan yang diadakan kali pertama pada 03 April 2023 yang lalu di mana pada sesi kali kedua ini, pelajar-pelajar tersebut perlu menjalankan sesi temu bual secara bersemuka (Focus Group Discussion) dan membuat pengumpulan data menggunakan “google forms” kajian soal selidik.

Kajian soal selidik ini adalah terbuka kepada orang awam bagi mendapatkan maklum balas sebenar penduduk Daerah Bandar Baharu berkenaan tahap kepuasan pelanggan terhadap sektor pelancongan di Bandar Baharu dan pautan “google forms” boleh dilayari di alamat berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSejRhS0ejh60LjQcmzRtT4cvRrJFl1cq0TaWp88XWn1vjuAjg/viewform?usp=sharing

 

Sekian.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content