16 APRIL 2023 (AHAD)

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stor serta Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Majlis Daerah Bandar Baharu Bilangan 1 Tahun 2023.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff., DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK.bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Mesyuarat diteruskan dengan mengesah dan meluluskan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Bilangan 4 Tahun 2022 bertarikh 17 Januari 2023 dan perbincangan perkara-perkara berbangkit.

Mesyuarat membincangkan berkenaan isu-isu berkaitan pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Kewangan. Turut dibentangkan berkenaan Laporan Kedudukan Aset dan Stok, Laporan Kutipan Hasil serta Laporan Perbelanjaan Mengurus MDBB.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Setiausaha MDBB, Ketua Bahagian dan Unit MDBB.

MalayEnglishArabicChinese (Simplified)
Skip to content