{"id":131587,"date":"2026-09-14T16:45:43","date_gmt":"2026-09-14T08:45:43","guid":{"rendered":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/?p=131587"},"modified":"2026-09-14T16:45:45","modified_gmt":"2026-09-14T08:45:45","slug":"sesi-perbincangan-kumpulan-berfokus-ketiga-focus-group-discussion-03-fgd-03-bagi-penyediaan-sustainable-development-goals-sdgs-roadmap-dan-voluntary-local-review-vlr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/2026\/09\/14\/sesi-perbincangan-kumpulan-berfokus-ketiga-focus-group-discussion-03-fgd-03-bagi-penyediaan-sustainable-development-goals-sdgs-roadmap-dan-voluntary-local-review-vlr\/","title":{"rendered":"Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus Ketiga (Focus Group Discussion 03 \u2013 FGD 03) bagi penyediaan Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap dan Voluntary Local Review (VLR)"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 14 September 2026 \u2013 Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) menyertai Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus Ketiga (Focus Group Discussion 03 \u2013 FGD 03) bagi penyediaan Sustainable Development Goals (SDGs) Roadmap dan Voluntary Local Review (VLR) di bawah Program Malaysia SDG Cities, yang berlangsung di Moxy Kuala Lumpur Chinatown.<\/p>\n\n\n\n<p>FGD 03 merupakan kesinambungan daripada siri libat urus terdahulu dan menjadi sesi pengesahan serta pemuktamadan di peringkat dalaman Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum dokumen akhir VLR disediakan. Sesi ini memberi tumpuan kepada perkara yang memerlukan keputusan pengurusan, penetapan pemilik tindakan serta persetujuan terhadap mekanisme pelaksanaan dan pelaporan.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi MDBB diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, bersama Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua Jabatan dan pegawai Jabatan Perancangan Pembangunan, Ketua Jabatan Kejuruteraan serta Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan dan Korporat. Penglibatan pihak pengurusan dan jabatan berkaitan penting bagi memastikan hala tuju, keutamaan SDG serta tindakan yang dipersetujui dapat diselaraskan dengan fungsi, bidang kuasa dan kapasiti pelaksanaan sebenar Majlis.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara fokus utama FGD 03 ialah menyemak dan mengesahkan data sokongan serta inisiatif yang dicadangkan, memperhalusi inisiatif berdasarkan kebolehlaksanaan dan kesesuaian dengan konteks tempatan, mengenal pasti SDG keutamaan serta memuktamadkan kerangka tadbir urus, jabatan peneraju, rakan pelaksana, mekanisme kelulusan, sumber pembiayaan dan kaedah pemantauan.<\/p>\n\n\n\n<p>LIMA SDG KEUTAMAAN BANDAR BAHARU<br>Hasil perbincangan dan proses penilaian yang dilaksanakan, MDBB telah menetapkan lima (5) Matlamat Pembangunan Mampan sebagai SDG keutamaan Bandar Baharu, iaitu :<\/p>\n\n\n\n<p>SDG 2 \u2013 Zero Hunger (Sifar Kelaparan)<br>SDG 9 \u2013 Industry, Innovation and Infrastructure (Industri, Inovasi dan Infrastruktur)<br>SDG 11 \u2013 Sustainable Cities and Communities (Bandar dan Komuniti Mampan)<br>SDG 16 \u2013 Peace, Justice and Strong Institutions (Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh)<br>SDG 17 \u2013 Partnerships for the Goals (Perkongsian untuk Matlamat)<\/p>\n\n\n\n<p>Pemilihan SDG keutamaan tersebut dibuat dengan mengambil kira bukti dan data, mandat, impak serta kesiapsiagaan pelaksanaan, selaras dengan pendekatan FGD 03 dalam menentukan keutamaan SDG di peringkat tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penetapan lima SDG berkenaan turut mengambil kira karakter serta keperluan pembangunan Daerah Bandar Baharu. Berdasarkan profil yang dibentangkan dalam sesi FGD, Bandar Baharu mempunyai sekitar 84 peratus guna tanah pertanian, manakala struktur ekonominya melibatkan sektor perkhidmatan, pertanian dan agro-pelancongan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui SDG 2 dan SDG 9, tumpuan dapat diberikan kepada potensi sektor pertanian dan keterjaminan makanan serta pembangunan industri, inovasi dan infrastruktur. SDG 11 pula berkait rapat dengan usaha mewujudkan bandar dan komuniti yang mampan, manakala SDG 16 memberi penekanan kepada pengukuhan institusi dan tadbir urus. SDG 17 seterusnya menjadi pemacu kepada kerjasama dan perkongsian strategik antara MDBB dengan agensi kerajaan, sektor swasta, komuniti serta pihak berkepentingan dalam menjayakan agenda pembangunan mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyediaan VLR merupakan satu mekanisme untuk menilai pencapaian dan kemajuan Agenda Pembangunan Mampan 2030 di peringkat tempatan. Kerangka VLR bukan sahaja menilai kemajuan merentas kesemua 17 SDG, malah memberi penelitian khusus terhadap SDG yang dikenal pasti sebagai keutamaan tempatan serta mengenal pasti jurang dari aspek prestasi, pelaksanaan, pembiayaan dan data.<\/p>\n\n\n\n<p>Dapatan tersebut seterusnya akan diterjemahkan kepada hala tuju strategik sehingga tahun 2030 dan seterusnya, termasuk penetapan tindakan keutamaan, program berimpak tinggi, matriks tindakan, struktur tadbir urus, peranan institusi, pembiayaan, pemantauan serta pelaporan.<\/p>\n\n\n\n<p>MDBB merupakan antara sembilan (9) PBT di Malaysia yang terpilih dalam penyediaan VLR bagi Rolling Plan 1 (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) Tahun 2026, melibatkan sebuah Majlis Perbandaran dan lapan Majlis Daerah.<\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan MDBB dalam penyediaan SDG Roadmap dan VLR ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh pelaksanaan pembangunan mampan di peringkat tempatan melalui perancangan yang berasaskan data, tindakan yang bersesuaian dengan keperluan setempat serta kerjasama pelbagai pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>MDBB komited untuk terus memperkukuh agenda pembangunan mampan ke arah menjadikan Bandar Baharu sebuah daerah yang mampan, inklusif, berdaya tahan dan berdaya saing menjelang tahun 2030.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"577\" data-id=\"131588\" src=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.27.08-1024x577.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-131588\" srcset=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.27.08-1024x577.jpeg 1024w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.27.08-300x169.jpeg 300w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.27.08-768x433.jpeg 768w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.27.08-1536x866.jpeg 1536w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.27.08-2048x1154.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" data-id=\"131589\" src=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Untitled-design-1-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-131589\" srcset=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Untitled-design-1-1024x576.png 1024w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Untitled-design-1-300x169.png 300w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Untitled-design-1-768x432.png 768w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Untitled-design-1-1536x864.png 1536w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/Untitled-design-1.png 1672w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"606\" data-id=\"131591\" src=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.11-1024x606.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-131591\" srcset=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.11-1024x606.jpeg 1024w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.11-300x178.jpeg 300w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.11-768x455.jpeg 768w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.11-1536x909.jpeg 1536w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.11-2048x1212.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" data-id=\"131592\" src=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.10-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-131592\" srcset=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.10-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.10-300x169.jpeg 300w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.10-768x432.jpeg 768w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.10-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.21.10-2048x1152.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" data-id=\"131593\" src=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.11.36-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-131593\" srcset=\"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.11.36-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.11.36-300x169.jpeg 300w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.11.36-768x432.jpeg 768w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.11.36-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/wp-content\/uploads\/2026\/09\/WhatsApp-Image-2026-09-14-at-15.11.36-2048x1152.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 14 September 2026 \u2013 Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) menyertai Sesi Perbincangan Kumpulan Berfokus Ketiga (Focus Group Discussion&#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":27,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[58],"tags":[],"class_list":["post-131587","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-mdbb"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/131587","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/27"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=131587"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/131587\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":131597,"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/131587\/revisions\/131597"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=131587"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=131587"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/pbt.kedah.gov.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=131587"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}