30 DISEMBER 2024 (ISNIN)

Program dihadiri oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Roslan Bin Hashim (Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu), Yang Berhormat Prof. Dr. Ts. Muhammad Suffian Bin Yusoff (Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu), ⁠Ybhg. Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) En. Mohd Fauzul Fitri Bin Dato’ Haji Abdul Rahman dan Pengerusi Imam Masjid Al-Afdhal Bukit Apeng, Lubuk Buntar bertempat di Tapak Pasar Malam Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah.

Ceramah dibawakan khas oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias dan Datuk Nash atau Nasarudin bin Haji Elias bersama moderator Ustaz Jafri Bin Abu Bakar (Mudir Kompleks Islam Darul Faizin, Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah).

Program diserikan dengan persembahan Nasyid dan Qasidah daripada Kumpulan Qathrunnada dan Kumpulan Shoutul Faizin serta persembahan mantan penyanyi Lefthanded, Datuk Nash dengan lagu “Pada Syurga Diwajahmu”.

Turut hadir bersama di dalam program ini ialah Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua atau Wakil Jabatan di Daerah Bandar Baharu, Penghulu-Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu serta penduduk sekitar daerah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program pada kali ini.

Skip to content