Bahagian Kerajaan Tempatan

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Profil

Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan adalah salah satu bahagian di dalam organisasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Dalam Perlembagaan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri tetapi dari segi perundangan, ia adalah tertakluk di bawah Kerajaan Persekutuan. Bahagian Kerajaan Tempatan adalah sebagai urusetia dan penghubung di peringkat negeri bagi menyelaras segala dasar peraturan dan perkara-perkara yang diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Menjadi Sebuah Agensi Penyelarasan Dan Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan Yang Unggul Di Malaysia

Visi

Misi

Meningkatkan Kecekapan Dan Keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah Ke Arah Memberi Perkhidmatan Perbandaran Terbaik Kepada Pelanggan

1. Menyediakan pengkalan data hal ehwal Kerajaan Tempatan
2. Menyediakan Rancangan 5 tahun (2006-2010) dan Perancangan Tahunan PBT.
3. Membuat Penilaian semula ke atas program dan aktiviti bagi memantapkan struktur PBT.
4. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kewangan PBT meliputi anggaran belanjawan hasil-hasil Kerajaan.
5. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap warga PBT melalui program-progran latihan.
6. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Delivery System dengan menyeragamkan proses/prosedur kerja dan Pelaksanaan MS ISO 9000
7. Meningkatkan sistem teknologi maklumat di semua PBT.

Objektif

Skip to content