PERHIMPUNAN KHAS DAN AMANAT TAHUN BAHARU 2025
Jabatan Khidmat Pengurusan (JKP) MPSPK telah mengadakan Perhimpunan Khas dan Amanat Tahun Baharu 2025 oleh YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Yang Dipertua MPSPK, yang berlangsung di Dewan Bankuet, Menara MPSPK.
Acara dimulakan pada pukul 9:30 pagi dengan ketibaan YM YDP diiringi oleh pemeriksaan perbarisan anggota penguatkuasaa. Turut hadir Puan Noorulhuda binti Mohamed Ali, Setiausaha MPSPK, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, dan warga kerja MPSPK.
YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah menyampaikan amanat penting yang menekankan visi dan misi MPSPK untuk terus maju sebagai perbandaran yang progresif, mampan, dan dinamik. Amanat ini juga bertujuan mengukuhkan semangat kerjasama dalam warga kerja MPSPK untuk mencapai kecemerlangan.
Terima kasih kepada semua yang hadir atas dedikasi yang ditunjukkan dalam merealisasikan aspirasi tahun baharu ini. Semoga tahun 2025 membawa kejayaan yang lebih gemilang!
Klik untuk video sekitar programKlik untuk gambar sekitar program