KUNJUNGAN HORMAT EXCO KUMPULAN PENGGERAK PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN PIHAK SWASTA (PIBKS) DAERAH KOTA SETAR, KEDAH.

1 Januari 2025, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud menerima kunjungan hormat Exco Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Daerah Kota Setar, Kedah di pejabat Datuk Bandar, Ibu Pejabat MBAS sebentar tadi.
Objektif utama kunjungan hormat ini diadakan bagi mempromosikan dan mengeratkan silaturahim serta memperkenalkan Jawatankuasa PIBKS Daerah Kota Setar disamping bertukar pandangan dan idea serta membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan diantara PIBKS Kota Setar dengan pihak MBAS dalam pembangunan infrastruktur sekolah, akademik, bantuan kepada sekolah dan pelajar dari kategori miskin.
 
Exco Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Daerah Kota Setar, Kedah merupakan sebuah organisasi yang terdiri 15 orang ahli dari kalangan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan AJK PIBG sekolah-sekolah di sekitar Daerah Kota Setar. Pengerusi atau Focal Person PIBKS Daerah Kota Setar.
 
 
Skip to content