TAHUN MELAWAT KEDAH 2025 | KETIBAAN PELANCONG PADA HARI PERTAMA TAHUN 2025 DI LAPANGAN TERBANG SULTAN ABDUL HALIM DISAMBUT BAIK
1 Januari 2025, Alor Setar – Kerajaan Negeri Kedah terus mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025 dengan menyambut ketibaan para pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pagi tadi.
Sambutan ini diadakan bagi menyambut para pelancong yang tiba di hari pertama tahun 2025 yang merupakan Tahun Melawat Kedah dengan tema ‘Experience Kedah’.
Ia dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Y.Bhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi Mustaffa; Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kota Setar, En. Hafiz Hasri Khaludin serta Pengurus Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, En. Ikram Alif Monsoor.
Selain Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, usaha menyambut ketibaan pelancong ini turut diadakan di beberapa pintu masuk utama Kedah yang lain.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'