TAHUN MELAWAT KEDAH 2025 | SETIAP PREMIS MAKANAN HARUS MENCAPAI TAHAP KEBERSIHAN YANG TERBAIK
1 Januari 2025, Alor Setar – Sempena Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025, MBAS bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar komited untuk memastikan setiap premis makanan mencapai tahap kebersihan yang terbaik.
Sehubungan itu, MBAS melalui Bhg. Inpektorat Kesihatan, Bhg. Pasar dan Penjaja serta Bhg. Penguatkuasa dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah menjalankan satu operasi khas sempena TMK 2025 bertempat di sekitar Jalan Pantai Johor, Alor Setar. Kira-kira 33 premis telah diperiksa dan sebanyak 19 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan tahap kebersihan yang kurang memuaskan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'