KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
29 Disember 2024, Pasir Gudang – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud telah mengadakan kunjung hormat ke Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Kunjungan hormat beliau telah disambut mesra oleh Datuk Bandar Pasir Gudang, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin. Kunjungan tersebut antara lain bagi bertukar pandangan dan idea demi penambahbaikan kedua-dua PBT.
Hadir sama di dalam sesi kunjung hormat tersebut ialah pengarah-pengarah jabatan Majlis Bandaraya Alor Setar serta pegawai-pegawai Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Kredit foto : Majlis Bandaraya Pasir Gudang
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'