MAJLIS PERASMIAN PASARAYA C-MART CENGAL BUSINESS CENTRE DI C-MART @ CENGAL BUSINESS CENTRE, SUNGAI PETANI
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali hari ini hadir merasmikan Pasaraya C-MART Cengal Business Centre di C-MART @ Cengal Business Centre, Sungai Petani.
Pembukaan pasaraya besar seumpama ini di Negeri Kedah ini adalah satu langkah positif yang bukan sahaja merancakkan ekonomi setempat tetapi juga menawarkan lebih banyak pilihan dan kemudahan kepada penduduk sekitar. Dengan kewujudan pasaraya ini, ia akan memberi banyak manfaat besar kepada masyarakat setempat, pelanggan dapat menikmati harga yang berpatutan, barang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik. Ia juga menjadi Pemangkin Pertubuhan Ekonomi Tempatan, Penciptaan Peluang Pekerjaan, menggalakkan penggunaan produk tempatan dan meningkatkan kemudahan dan kualiti hidup.
Seterusnya, dengan pembukaan C-Mart ini, ianya dapat mengubah lanskap pembangunan di kawasan Sungai Petani khususnya di sebelah tengah Sungai Petani. Dahulunya di kawasan ini tiada pasaraya yang besar. Justeru, pembukaan pasaraya ini ia akan memberi satu perkembangan ekonomi yang baharu kepada rakyat Sungai Petani. Pasaraya ini akan memberikan banyak pilihan kepada penduduk di sini kerana pelanggan dapat membuat pilihan memilih barangan yang berkualiti dan akan menjadi persaingan yang sihat dalam perniagaan.
Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato’ Abdul Gafar Yahya; Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani, Tunku Iskandar Shah Tunku Muszaffar Shah; Pengurus Besar Pasaraya Cmart, Kim Lin Teng dan Pegawai Eksekutif Oriental Interest Berhad (OIB), Low Kok Shen.
Klik untuk gambar sekitar program![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473319644_1030176512473609_1514277637928709890_n-1024x682.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473222752_1030176542473606_2792604577995881910_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473424783_1030176715806922_3259885850938198779_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473027415_1030176679140259_2063344789963089536_n-1024x682.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473315690_1030176559140271_3319591124756524308_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473051126_1030176569140270_3000453350341789205_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473315902_1030176519140275_5460207197896998286_n.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473127243_1030176662473594_7572348487991876236_n-1024x768.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473113626_1030176549140272_7020833854752583505_n-1024x682.jpg)
![](https://pbt.kedah.gov.my/wp-content/uploads/2025/01/473566183_1030176629140264_2826566510564416647_n-1024x682.jpg)