TITI MERAH LIVERPOOL, ALOR SEKAWAN BAKAL DIJADIKAN TEMPAT TARIKAN BARU PELANCONGAN NEGERI KEDAH

14 Januari 2025, Alor Setar – Kerajaan Negeri Kedah berhasrat menjadikan Titi Merah Liverpool, Alor Sekawan yang berusia lebih 100 tahun itu sebagai salah satu tempat tarikan baru pelancongan di negeri Kedah.
 
Menerusi hasrat itu, satu lawatan kerja telah diadakan pagi tadi bagi menaiktaraf kemudahan dan persekitaran kawasan tersebut untuk para pelancong bagi merealisasikan kawasan tersebut sebagai salah satu produk pelancongan negeri Kedah.
 
Lawatan kerja tersebut dihadiri oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan keusahawanan Negeri Kedah, Dato Salleh Saidin bersama EXCO Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan Negeri, Muhammad Radhi Mat Din; Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Hj. Mohd Yusri Hj. Md Daud; Pengarah MOTAC Kedah; Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar; Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri; Jabatan Perhilitan; Pejabat Ahli Parlimen Alor Setar dan lain-lain agensi.
 
Skip to content