PROGRAM SOLAT DHUHA, BACAAN YASIN DAN TAHLIL MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2025
16 Januari 2025, Alor Setar – Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Puspanita MBAS dan Biro Agama & Dakwah, Kelab MBAS telah mengadakan Program Solat Dhuha, Bacaan Yassin dan Tahlil MBAS bagi tahun 2025 pagi tadi bertempat di Masjid Akar Peluru, Alor Setar.
Program telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar Alor Setar diiringi isteri, YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Pengerusi Puspanita MBAS. Solat Dhuha berjemaah, bacaan Yassin dan tahlil telah dipimpin oleh Imam Masjid Akar Peluru, Ustaz Hakimi.
Hadir sama Dato’ Saaduddin, Pengerusi Masjid; En. Nasrankamil bin Noh, Tuan Setiausaha MBAS; Pengarah-Pengarah MBAS serta semua kakitangan dan ahli Puspanita Majlis Bandaraya Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'