16 Januari 2025 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) menerima kunjungan hormat dan lawatan penandaarasan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke MPKK. Delegasi ini diketuai oleh YBrs. Tuan Shahman bin Hj Jalaluddin, Yang Dipertua MPS.

Sesi lawatan ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dan berbalas ucapan oleh YBrs. Encik Mohamad Azrol bin Mohamad Dali, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara dan ucapan daripada YBrs. Tuan Shahman bin Hj Jalaluddin, Yang Dipertua MPS.

Sesi taklimat Penandaarasan Pelaksanaan Inisiatif E10 & Pembangunan Kulim Hitech Park telah disampaikan TPr Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan demi menambah baik mutu penyampaian dan perkhidmatan dalam agenda pembangunan industri.

#MajlisPerbandaranKulimKedah

#KulimSmartCity

#KulimIndustrialCorridor

#TheGreaterKedah

#ExperienceKedah

Skip to content