23 Januari 2025, Pihak MOTAC Negeri Kedah yang diketuai oleh Encik Mohd Shahril Bin Harun, Pengarah MOTAC Negeri Kedah bersama 10 orang kakitangan telah mengunjungi daerah Bandar Baharu di bawah Program Familiarisasi Lawatan Produk Pelancongan Daerah Kulim/Bandar Baharu.

Sesi perkongsian mengenai produk-produk pelancongan terkini di daerah Bandar Baharu disampaikan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama Encik Mohamad Izwan Bin Dato’ Paduka Haji Mohd Omar, Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pengarah dan Kakitangan MOTAC Negeri Kedah mengenai produk-produk pelancongan terkini di daerah Bandar Baharu sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Kedah 2025.

Seterusnya, sesi lawatan ke tempat-tempat pelancongan daerah Bandar Baharu yang berpotensi untuk dimajukan dan dibantu oleh pihak MOTAC.

Semoga perkongsian kali ini dapat memperkasakan produk pelancongan daerah Bandar Baharu.

Skip to content