MALAM PUISI ALOR SETAR 2025 | MEMARTABATKAN SENI WARISAN BANGSA
25 Januari 2025, Alor Setar – Bagi menzahirkan keindahan bahasa dan seni dalam memartabatkan seni warisan bangsa, satu program Malam Puisi Alor Setar 2025 telah dianjurkan malam tadi bertempat di Dataran Medan Tunku, Alor Setar.
Malam Puisi Alor Setar 2025 itu telah menampilkan persembahan daripada sasterawan terkenal negara antaranya SN Dato’ Dr Zurinah Hassan ; SN Dato’ Rahman Saari; penerima Anugerah S.E.A Write Award 2022, Dr. Osman Ayob dan lain-lain lagi.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, En. Afizudin Dato’ Paduka Hj Mohd Saad yang mewakili Datuk Bandar Alor Setar.
Turut hadir di program tersebut ialah Ketua 1 Angkatan Sasterawan Nasional Kedah, Tuan Haji Abu Hassan Morad; Pengerusi Puspanita MBAS, YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar; Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan Dewan Bahasa dan Pustaka, Pn. Roziah Md Yunus; serta Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka wilayah utara, Pn. Khairul Anum Mohd Ali.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'