9 JANUARI 2025 (KHAMIS)
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍
Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Serta Majlis Penyampaian Ucapan Tahun Baharu 2025 Oleh Yang Pertua Majlis Daerah Yan bersama warga kerja Majlis Daerah Yan bagi tahun 2025 ini telah berlangsung pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato’ Madi , Yan, Kedah.
Majlis dimulakan dengan tazkirah daripada Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohamad Nizam Bin Mohd Noh, PJK. (Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan). Majlis diteruskan dengan Majlis Bacaan Yasin dan doa yang dipimpim oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohamad Nizam Bin Mohd Noh, PJK. (Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan).
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat bagi tahun 2025 oleh Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK, (Yang Dipertua Majlis Daerah Yan). Dalam ucapan tersebut, beliau mengajak warga kerja Majlis Daerah Yan untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk memajukan daerah Yan.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Mohd Akmal Bin Azimi (Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan), Ahli Majlis Daerah Yan, ketua-ketua jabatan/unit serta semua warga kerja Majlis Daerah Yan.



