15 JANUARI 2025 – RABU
Majlis Daerah Yan telah mengadakan program gotong royong selenggaraan pokok seliaan Majlis Daerah Yan di sekitar daerah Yan. Tujuan utama program gotong royong diadakan adalah bagi menyelenggara pokok mati dan berisiko khususnya di kawasan awam terutamanya di bahu- bahu jalan utama serta taman rekreasi yang akan menyebabkan risiko kepada pengguna jalan raya termasuk pengunjung kawasan rekreasi awam. Program gotong royong ini akan dijalankan secara berfasa dari semasa ke semasa.
Turut hadir dalam program ini ialah YB ADUN Guar Chempedak, Ahli Majlis MDY, PDTY,APM, JKR, Bomba, Rela, E-Idaman, TNB, Pejabat Hutan, Pejabat Pertanian, Tahfiz Al Wusta, NGO dan semua yg terlibat.
Kerjasama dari pelbagai pihak untuk menjayakan program ini amatlah dihargai. Diharapkan dengan usaha ini dapat mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan selamat di daerah Yan.